BLOGGER TEMPLATES AND Blogger Templates »

Monday, June 29, 2009

AIRMATA RASULULLAH SAW

AIRMATA RASULULLAH SAW...
Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. 'Bolehkah saya masuk?' tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, 'Maafkanlah, ayahku sedang demam', kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.
Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, 'Siapakah itu wahai anakku?' 'Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,' tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi! bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. 'Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut,' kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya.
Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini. 'Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?', tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. 'Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. 'Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu,' kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan.
'Engkau tidak senang mendengar khabar ini?', tanya Jibril lagi. 'Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?' 'Jangan khawatir, wahai Rasul ! Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya,' kata Jibril. Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. 'Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini.' Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. 'Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?' Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu.
'Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,' kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, karena sakit yang tidak tertahankan lagi. 'Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku.' Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, !
Ali segera mendekatkan telinganya. 'Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku' 'peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.' Diluar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.
'Ummatii,ummatii,ummatiii?' - 'Umatku, umatku, umatku' Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi
Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.

Beautiful Day!

Harini kami pi tengok wayang cerita - Transformers.
BEST citer Transformers. Sape tak pi, rugi.
Sebelum kami pi tengok citer Transormers, stop kat Lovely Lace dulu.
Kami suka sangat gambar ni. Cantiklah.

Along dengan Mujahid

Pandai pulak budak kecik ni posing.
Mujahid - anak cik yus. Sangat cute.

budak kecik

Sapa paling comel!
Adik dengan budak kecik - Mujahid

Monday, June 22, 2009

Jom kita ber-Google

Along tengah BZ google - cari bahan-bahan untuk buat projek sekolah

Rupa-rupanya

Main GAME....
Sibuk main GAME je...

Concentrate

Sibuknya..
Sibuk belajar menaip kot!

Saturday, June 20, 2009

Hangin - Keluar Asap



Along tengah bengang - sape ambik pencil along???!!!!

Kasut

Masa Along dok tengah surf internet, nampak kasut nih yang cantiklah. Boleh buat koleksi kasut.
Harinih Along pi makan kenduri kar rumah Pak Usop. Anak dia kawin. Kami tak dapat bunga telur tapi kami dapat sweet sorang satu. Nasi kenduri tu oklah jugak. Boleh tahan. Adik belum balik lagi. Dia dok pi tolong orang kenduri. Tolong sibuk..hahha
Along balik awal sebab ada kerja sekolah yang tak habis lagi. Nak kena buat. Sambil tu Along minum air oren. buat sendiri. Alah senang je ambik air oren masuk dalam gelas, tuang air sejuk masuk ice ketul, kira orait. settle. sedapp.
Along nak ajak Ma pi tengok wayang - Hanna Montana, tapi Ma takmau pi sebab Ma tak larat. Nasiblah tak boleh pi. Tapi kami plan nak pi tengok Transformers bila gambar tu dah keluar.
Battery laptop pulak buat hal, dah nak habis. Along stop taip dululah. Sayonara.

Thursday, June 18, 2009

Gambar kami lagi

Macam time Hari Raya ler pulak!
Along siap bawak sling bag - nak kutip duit Raya.

GAP

Seronok bershopping!

Tuesday, June 16, 2009

Gambar Terkini - A.L.O.N.G

Sambil dok tunggu kereta tengah servis, along update blog dululah.

Penuh concentrate nih.

Saturday, June 13, 2009

Cuti sekolah yang akan habis...

Harini dah hari Sabtu dan cuti sekolah kami selama 2 minggu akan habis. Hari isnin ini akan bermulalah sekolah. Nampaknya kami akan fokus pada pelajaran kami balik. Rasa macam tak puas saja pi jalan-jalan. Walau apa pun, kelmarin kami p makan kat Manhattan Fish Market. Lepas tu, kami p shopping kat FOS. Nak cari hadiah untuk pa for Fathers Day. Tapi malangnya takdak yang sesuai. Saya beli Baju Polo...warna merah macam MAK NGAH. Mula2 saya nak beli warna hitam malangnya tak sesuai untuk saya. Akhirnya saya belasah juga warna merah. Asalkan baju Polo sudah...

Hari ni saya p survice kereta. Saya makan roti telur sampai 2 biji. Sementara dok menunggu kereta siap, updatelah dulu blog nihkan.. lagipun dah takdak keje yang nak dibuat. Nasib baik jugak saya bawak laptop nih. Tapi yang tak bestnya, kat sini takdak internet. Dan nasib baik jugak saya bawak maxis broadband. Terima kasih kepada Maxis.

Sambil menunggu memanglah bosan tahap gila. Tak tau apa nak buat nih..

Tuesday, June 9, 2009

Kami dapat hadiah

Kami dapat hadiah laptop dari Mama kami. BEST!!!
Kena share sesamelah kan.

Cuti-cuti Malaysia 2 - KAMI

Welcome.
Along sangat letih... perjalanan sangat jauh
Adik tak habis-habis dengan mainan dia
Kami tersangat HAPPY!!!

Cuti-cuti Malaysia K.A.M.I