BLOGGER TEMPLATES AND Blogger Templates »

Thursday, July 30, 2009

Upin & Ipin 013 - Sayang Kak Ros

Jimmy Neutron and cindy love

Tuesday, July 28, 2009

rehat-rehat di hujung minggu

rehatkan minda

Berehat sambil minum

Friday, July 24, 2009

Upin & Ipin (Episod 1 & 2)

Monday, July 20, 2009

Coklat HERSHEs

suka..suka...
Bestnyaa...

Fuyyo

Memang sedapp pancake dia.
Boleh ke Along habih? Jawapannya..... BOLEH.

Friday, July 17, 2009

Koleksi Cerita - Belalang

Di dalam sebuah taman bunga, terdapat seekor belalang yang suka menyanyi dan menari. Ia berasa gembira kerana dapat hidup di dalam taman yang indah itu. Di dalam taman itu terdapat juga berbagai-bagai jenis bunga seperti bunga raya, mawar, dahlia, kenanga, melur dan cempaka. Taman bunga itu berwarna-warni dan harum.
Tiap-tiap hari, belalang akan menyanyi dan menari. Ia akan melompat dari satu pokok ke pokok yang lain. Belalang mempunyai ramai teman di dalam taman itu. Ada rama-rama, kumbang, lebah dan semut. Mereka dapat tinggal di taman itu. Mereka sering bermain dan menyanyi bersama-sama.
Pada suatu hari, belalang mencari kesemua rakan-rakannya untuk bermain tetapi mereka semua sedang sibuk mencari makanan dan berpindah untuk berlindung sebelum musim hujan tiba. Belalang tidak percaya hujan akan tujun sebentar lagi. Ia asyik menyanyi dan menari sendirian. Setelah lama menyanyi, belalang pulang ke rumah dan tidur kerana keletihan.
Hujan turun dengan lebat lalu belalang terbangun. Ia berasa sangat lapar tetapi di rumahnya tiada makanan.“ Bila hujan berhenti bolehlah saya mencari makanan,” katanya dalam hati. Belalang berbaring semula dan tertidur. Apabila dia terjaga, hujan tetap turun dengan lebat. Belalang berasa menyesal kerana tidak mengikut nasihat rakannya untuk mencari makanan sebelum musim hujan.
Akhirnya belalang jatuh sakit. Rakan-rakan belalang tidak mengetahui keadaan belalang yang sakit. Apabila hujan berhenti, lebah teringat akan belalang. Dia keluar dari sarangnya dan pergi ke rumah belalang. Ia amat terperanjat melihat belalang yang terlantar di atas katil di rumah.
“Saya akan membawa makanan,” kata lebah kepada belalang apabila melihat belalang terlalu lemah dan pucat. Lebah mencari semut dan rakannya yang lain untuk menolong belalang. Akhirnya belalang sembuh dan sihat. Belalang insaf dan sering mendengar nasihat daripada rakannya.

Pinocchio

Pada zaman dahulu terdapat seorang tukang kayu yang tua dan miskin bernama Geppetto. Dia amat suka membuat patung.Patung kesayangannya ialah Pinocchio.”Alangkah baiknya kalau aku mempunyai anak ”kata Geppetto sambil melihat Pinocchio.
Pada malamnya, seorang pari-pari yang baik hati datang ke rumah Geppetto dan mengayunkan tongkat saktinya ke Pinocchio sambil berkata”Esok Pinocchio akan dapat bergerak dan bercakap seperti manusia biasa.”
Pada keesokan harinya, Geppetto mendapati bahawa Pinocchio boleh bergerak dan bercakap.Dia sangat hairan dan gembira melihat keadaan Pinocchio yang seperti manusia biasa.Geppetto terpaksa menjual baju dan sepasang kasutnya untuk membeli buku untuk Pinocchio belajar di sekolah.Dia memang ingin menyekolahkan Pinocchio. “Sekarang kamu bolehlah belajar seperti budak-budak lain belajar,”kata Geppetto kepada Pinocchio. Semasa berjalan ke sekolah, Pinochio berhenti untuk menyaksikan pertunjukan patung.” Mahukah kamu menyertai pertunjukan ini?”tanya ketua pertunjukan yang jahat . Tanpa berfikir apa-apa, Pinocchio bersetuju.
Ketua pertunjukan patung itu pun mengunci Pinocchio ke dalam sangkar yang kecil.Pinocchio berasa takut dan ingin pulang ke pangkuan Geppetto.Tanpa disangka, datanglah seorang pari pari yang baik hati membebaskan Pinocchio dari sangkar kecil itu.Pinocchio berasa sangat gembira.”Saya akan terus pergi ke sekolah dan tidak akan singgah ke mana-mana,”kata Pinocchio.
Semasa dalam perjalanan ke sekolah Pinocchio terserempak dengan seekor musang yang jahat.Dia menceritakan tentang sebuah pulau yang indah iaitu Pulau Ria.Pinocchio terlupa akan sekolahnya dan dia menukarkan bukunya dengan tiket ke Pulau Ria.”Kamu hendak pergi ke mana?”tanya pari-pari kepada Pinocchio.”Saya hendah ke sekolah,”Pinocchio berbohong.Tiba-tiba hidung Pinocchio menjadi panjang.Dia berasa menyesal kerana berbohong dengan pari-pari yang telah menyelamatkannya.
Pari-pari itu kasihan melihat Pinocchio .Dia meminta seekor burung untuk mematuk hidung Pinocchio supaya menjadi pendek.Pinocchio berjanji kepada pari-pari bahawa dia tidak akan berbohong lagi.Dia terus pergi ke sekolah.Di sekolah,Pinocchio mengajak kawannya ke Pulau Ria,Dia juga memberitahu tentang keadaan di sana seperti yang diberitahu oleh musang.Kawan Pinocchio bersetuju untuk ke pulau itu.Pinocchio dan kawannya segera ke kapal dan belayar ke Pulau Ria.Setelah tiba di pulau itu Pinocchio dan kawannya telah bertukar bentuk menjadi seekor keldai dan disuruh membuat kerja berat.
Pari- pari muncul lagi untuk membantu Pinocchio dan menukarnya ke rupa asal. Pinocchio segera meninggalkan pulau itu. Dia duduk di sisir pantai dan ingin bertemu dengan Geppetto. Tiba-tiba dia melihat kelibat Geppetto sedang mengayuh sampan.Semasa Geppetto sedang mengayuh sampan, seekor ikan paus muncul dari belakang dan terus menelan Geppetto bersama sampannya. Pinocchio berenang dengan sekuat-kuat hatinya untuk menyelamatkan Geppetto. Apabila Pinocchio hampir dengan ikan paus itu,ikan paus membuka mulutnya dengan luas. Pinocchio terus berenang dan masuk ke dalam mulut ikan paus itu.
Pinocchio berjumpa dengan Geppetto. Mereka berasa gembira kerana dapat bertemu lagi."Mari kita kumpulkan kayu api dan bakarnya,"kata Geppetto kepada Pinocchio. Asap api membuatkan ikan paus itu membuka mulutnya lalu Pinocchio dan Geppetto pun keluar dari situ. Pinocchio dan Geppetto berenang hingga ke persisiran pantai. Mereka amat letih lalu tertidur di situ. Apabila bangun, Geppetto mendapati bahawa Pinocchio telah berubah menjadi manusia. Dia sangat gembira kerana impiannya untuk memiliki anak sudah tercapai.

Cerita pendek - Apa ertinya menjadi MISKIN

Suatu hari, seorang bapa dari sebuah keluarga yang kaya raya membawa anak lelakinya ke dalam sebuah kampung dengan tujuan menunjukkan kepada anaknya itu kehidupan orang-orang miskin. Mereka bermalam selama beberapa hari di sebuah ladang yang didiami oleh golongan yang sangat miskin.
Di dalam perjalanan pulang, si ayah bertanya kepada anaknya, "Macam mana percutian kita kali ni?
"Si anak menjawab, "Menarik dan hebat, ayah,"
"Kamu sudah melihat sendiri bagaimana susahnya kehidupan mereka yang tidak berharta?"
"Ya,"
Bertanya lagi si ayah, "Jadi, apa yang kamu dapat kali ni?"
Lalu si anak tadi memberikan jawapan yang agak panjang, "Kita ada dua ekor anjing dan mereka ada empat. Kita ada kolam yang terletak di tengah-tengah taman tetapi mereka mempunyai sungai yang tidak berpenghujung. Kita ada lampu yang diimport di taman kita tetapi mereka ada bintang-bintang di langit pada waktu malam. Keluasan tanah kita sehingga ke halaman hadapan tetapi mereka mempunyai keluasan sehingga kekali langit,"
"Kita tinggal cuma di atas tanah yang kecil sedangkan mereka mempunyai padang yang sangat luas saujana mata memandang. Kita ada pembantu untuk membantu kita tetapi mereka memberi pertolongan, bukan meminta. Kita membeli makanan kita tetapi mereka menanam sendiri makanan mereka. Kita ada dinding sahaja untuk melindungi kita sedangkan mereka mempunyai sahabat handai yang melindungi mereka.
"Si ayah terdiam mendengar jawapan anaknya.
Si anak tersebut kemudiannya berkata, "Terima kasih, ayah, kerana menunjukkan kepada saya betapa miskinnya kita".

Friday, July 10, 2009

Yey!

Monday, July 6, 2009

Terkini

Gambar last week - adik
Along nampak cam dah gemuk ler
Ice Age 3 - jom pi tengok!